Thursday, February 21, 2013

bila aku seorang isteri

Salam..

Last updated 4 Januari??..sangat sibuknya aku kan. Sebenarnya aku sibuk mengemas rumah. Housewife lah katakan. haahaa. Sangat! Okay fine! back to the main topic, hari ni sebulan sembilan hari sudah aku menjadi seorang perempuan bernama isteri. What?? isteri?? macam tak percaya jer..haha. Kekadang aku sampai terlupa aku sudah bersuami. Nak ke sana ke mari kena report dengan suami. Kalau sebelum kawen dulu jarang report sebab time tu boyfie jer. Sekali sekala jer inform itu pun kalau dia tanya. huhu. Kalau tak tanya takkannya aku sibuk nak bagitahu. Sebab aku ni jenis tak suka sangat orang ambil tahu pasal daily life aku. Tapi sekarang perkara itu adalah kewajipan ok! Serious.

By the way, i'm sooo happy and happy and happy be a wife to a guy called as husband. Syukur padamu ya Allah. Sekarang ini aku ada tanggungjawab yang lagi berat perlu dipikul sebagai seorang isteri dan insyaallah suatu hari nanti sebagai seorang ibu bila tiba waktu dan ketikanya (*uppsshh lambat lagi lah nak jadi ibu kebarangkalian lagi 2 tahun kot, agaknya la ;)) Tapi kalau Allah dah nak bagi rezeki lagi awal, aku dan suami terima jer..heee..Mengikut kata suami, dia kata nak honeymoon dulu. Dia kata buat masa sekarang ni dia selesa berdua dulu. Dia kata nak bawa aku jalan-jalan puas-puas naik superbike dia (*ececeh superbike la konon) sebab nanti kalau aku pregnant payah dia nak bawa aku berjalan-jalan lagi ke hulu ke hilir. Kena naik kereta jelah jawabnya kan.



ini emak, tengah-tengah tu suami & isteri, along dan adik-adik kesayanganku tanpa kakak ipar sebab budak chomel Hannah meragam nak tido time orang sibuk nak bergambar

Okay! ini dia antara kenangan terindah kami berdua selepas diijabqabulkan. Aku rasa sebak sangat bila abang aku jadi wali di hari pernikahan aku. Kalau orang lain tu sebak bila lepas ijabqabul,tipulah kalau aku katakan aku tak. Memang sebak sangat bila dengar perkataan "aku terima nikahnya.." tu..tapi jauh disudut hati ni bukan je sebak tapi sedih yang amat sangat bila memikirkan ayah aku takda depan mata aku, walikan aku dan tengok aku kawen, membuatkan air mata aku mengalir lagi-lagi bila aku pandang muka emak. Emak lah orang yang paling sedih sekali time aku nikah. Jenuh juga ambil masa nak redakan emak aku time tu. huhu.  Lagi-lagi sebab emak aku tu seorang yang sangatlah emotional. Walaupun begitu, kami sekeluarga redha dengan pemergian arwah ayah. Sebab aku tahu Allah lagi sayangkan ayah aku..T_T..

Ok overall, alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar. Aku dan Asyraf akhirnya sah menjadi suami isteri pada 12 januari 2013 :)..just share in here three pictures, then enough..heee..nak tengok diri sendiri dalam gambar nampak kurus tapi tak berjaya nampaknya..haha

Ok then


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .