Saturday, October 13, 2012

Wedding Preparation-Part III

Assalamualaikum

Entry untuk kali ini nak cerita serba sedikit persiapan perkahwinan aku nanti. Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar setakat ini. Mudah-mudahan sehingga selesai majlis aku nanti hendaknya. Aminn. Majlis besar ini akan diadakan di dua tempat berasingan. Tahu. Mestilah kan. Aku dengan Asyraf bukannya berjiran pun kan kalau nak buat serentak. haha. Baik! Serious sekarang. Ok, resepsi sebelah aku akan diadakan di dewan Ulu Bernam, Tg. Malim. Sementara sebelah bakal suami pula akan diadakan bertempat di Marina Island, Lumut. So, nak bercerita sikit tentang lokasi majlis di Lumut itu nanti. Ok, Marina Island ini terletak berhampiran dengan Jetty untuk ke Pangkor. Weehooo. Wah! seronoklah sedara mara aku nanti bolehlah korang ambil peluang yang ada untuk berjalan-jalan ke Pangkor. Ye dak. Sedang eloklah majlis aku ini nanti diadakan pada hari Sabtu. Hari ahad pagi esoknya pula semua dah bolehlah enjoy berjalan-jalan. Kan. hehe.

Semua orang akan melalui jambatan cantik ini sebelum sampai ke lokasi majlis perkahwinan aku nanti =)


Wah! kita dah sampai ke Marina Island =p


Itu dia Jetty Complex


Inilah dia tapak majlis nanti, akan dipasang khemah putih sebuah-sebuah khemah bulat dekat sini nanti. Di sana tu ada titi kan..bolehlah aku bergambar sakan dengan Asyraf nanti-Ceewah

Tengok adik bongsu aku, teruja dia naik basikal kena carry Umairah lagi pulak.haha. Sedang orang lain sibuk discuss pasal tapak majlis ni..Nisya pulak si pemerhati-haha
  
Aish, gambar aku mesti takda tau,time ni agaknya aku pun sibuk kayuh basikal dengan laki aku kot-haha

Tema majlis aku ni ala-ala "Garden Wedding" . Ceewah. Macam tak percaya pun ada. Sejak dari kecik aku selalu impikan untuk berkahwin dekat tepi laut, dikelilingi kehijauan dan langit yang membiru sambil menghirup udara segar dari laut. Sangat syok. Tenang je kan. Haa, rupa-rupanya menjadi kenyataan walaupun laut tu hanyalah laut buatan je pun. Asyraf la cakap. Kan. haha. Tapi kawen kol 12 tengahari tu panas terik kot. Matahari betul-betul terpantul terpacak atas kepala. haha. Tapi takpela open air pun. Alhamdulillah, lokasi majlis sangatlah strategik lagi-lagi sebab berhampiran dengan hotel. So, senanglah mak, abang, sis-in-law, adik-adik aku, si kecik Hannah, opah atok dan semua lah sedara mara aku nak menginap sewaktu majlis aku berlangsung nanti. hihi. Terima kasih pada bakal suami sebab bagi aku kejutan semua ni. Patutlah bila aku tanya dia nanti kita kawen kat mana? jadi ke kawen dekat hotel? ke kawen dekat rumah? then, dia cakap kita kawen mungkin dekat rumah atau dekat dewan. Bila aku tanya dah book dewan ke? then, dia kata belum, delay-delay sampai aku marah. Sedih di buatnya. Rupanya ada surprise untuk aku. Ooo sekarang abang sudah pandai berahsia ya. Anywhere, thanks abang! Sebenarnya aku tak kisah pun kawen dekat mana-mana, kat jungle pun takpa asalkan aku selamat kawen dengan lelaki yang aku cintai ini. haha. Tapi aku bersyukur sebab dapat lebih dari itu. hihi.

Haa, ada lagi yang best dekat sini. Tahu. Tu basikal tuu. Sejam RM4 kalau tak silap. Aku tak tahu dekat sana panggil basikal ni dengan nama apa. Tapi best tahu boleh kayuh berdua. Aku try naik, takut gila. Asyraf la bawa basikal macam menggila. haha. Tanjat boboi. huhu. Aku duduk seat belakang relax je, tak perlu kayuh, just pegang je handle tu. Tapi tulah sampai aku menjerit suruh Asyraf berenti, laju sangat kayuh basikalnya. haha. Selain tu, kat sini ada banyak tempat makan yang best-best, fresh-fresh dari laut. Tahu. Sangatlah menarik. Sebenarnya aku selalu pergi lumut, lagi-lagi time kecik-kecik dulu dengan arwah ayah. Sebab arwah ayah aku suka bawa aku adik beradik jalan-jalan. Tapi tak pulak terserempak dengan Asyraf time muda-mudi dulu kan. haha. Tak sangka, finally aku bakal berkahwin dengan orang Lumut. hihi. Ok! kepada bapa mertuaku, terima kasih yang tidak terhingga kerana sudi meminjamkan bot anda nanti kepada kami berdua ya. Jangan lupa hiaskan cantik-cantik bot tu ya sebab Baizura dengan Asyraf dah plan nak jalan-jalan kejap naik bot tu dan bergambar sakan dekat atas bot tu sampai pengsan. haha. Tapi sewaktu majlis kami nanti, orang lain tidak dibenarkan naik ya, hanya kami berdua je. Tahu. haha. Kemain.

Ok then. Bye!







2 comments:

  1. As salam..
    tgh google2 search tentang info tapak di marina island, tertarik ke blog sis ni.
    Sy sedang survey harga sewa tapak di tepi jetty marina..utk perkahwinan jugak.

    Harap dapat berhubung ngn sis.. utk harga sewa, dan siapa yg in charge utk deal..
    boleh hubungi sy melalui email sakinahnaim@gmail.com . TQ sis

    ReplyDelete
  2. Harap dapat berhubung dgn sis.. utk harga sewa, dan siapa yg in charge utk deal.. boleh hubungi sy melalui email saifulsamad85@gmail.com . TQ sis

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .