Thursday, September 13, 2012

Kegilaan Syerap


Aku tak tahu apa Kawasaki ER6N ni dah buat dengan Asyraf sampai setiap saat runsing fikiran aku, terganggu kejap medula oblongata aku bila Asyraf merengek-rengek sebut pasal moto ni. huhuhu. Bukannya apa, moto lama si nouvo tu kan boleh pakai lagi. Sihat lagi moto tu. Aku tak syorkan pun dia beli yang baru sedangkan nouvo tu baru berapa tahun je pakainya. Lagipun nak bayar er6n ni mengalahkan nak bayar kereta aku je. huhu. Banyak faktor lagi kalau diikutkan yang membuatkan aku tak setuju pada awalnya. Lagi satu kalau hujan, semahal mana motor tu pun kena berteduh bawah jambatan juga kan. Betul tak? Pada pendapat akulah. Tapi dia kata, kalau dah minat tu, semua tu tak menjadi masalah. Dia cakap, yang penting kepuasan. Lelaki kan. Lelaki dengan perempuan minat kan tak sama. Aku ni jenis perempuan yang tak minat moto. Nama moto pun kekadang aku tak reti. haha. Tiba-tiba, suatu hari dia beria-ia nak juga. Aku tak boleh kata apalah kan. Aku senyap je. Suddenly, dia call..


syerap: abang nak er6n..
Aku: tak payahlah..habis, moto lama nak campak mana?
syerap: takpa, kita pakai dedua sekali moto tu tak pun kasi pada ayah abang..
Aku: pembaziran je banyak-banyak. 
syerap: abang teringin lama dah usha moto ni..
Aku: ermm tak payahlah tunggulah lepas kita kawin dulu..
syerap: nak jugak (berkali-kali)
Aku: aishh, rimas aku napelah aku dapat laki macam ni..(mengeluh)
syerap: sampai hati. ok apa, abang cuma minat pada motor, kereta dengan games je kan..abang tak buat benda tak elok pun kan.
Aku: Alhamdulillah syukur (tersemyum aku sendiri)..baiklah, pergilah beli 
syerap: aik, cara cakap ingat abang pergi beli ikan ke apa..
Aku: hahaha.. pergilah orderrr..
syerap: dah call pun, tunggu masa je kedai moto tu call balik..
Aku: apadia? cepatnya bertindak..
syerap: hahaha
Aku: yang pergi call merungut cakap nak moto tu apa kejadahnya?
syerap: saja je surpriseee..
Aku: tapi beli moto kuning tau biar sama dengan kereta kuning tu..
syerap: orang kedai kata takda stok buat masa sekarang ni..yang ada black je.. cantik apa cuma body dia je tak nampak sangatlah compare dengan kuning..lagipun abang nak cepat..tunggu kuning lambat..
Aku: layankan ajelah (uuuuuu)


Dan selepas tiga minggu..walaupun pada awalnya aku tak setuju, tetiba harini aku pulak yang eksaited menunggu hari-hari ketibaan er6n. Lagi 2 hari mungkin. hahaha. Tak sabar nak naik. broom broom broom. Lepas ni kereta kasi simpan. Kita layan moto pulak. yahoooooo


Ok. Bye!


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .