Thursday, March 6, 2014

Kehidupan


Assalamualaikum

Hampir setahun tiga bulan sudah hidup berumah tangga.
Aku teramatlah bahagia hidup disamping seorang suami yang sangat baik hati.
Malah tahan sungguh dengan kerenah aku yang ada pasang surut ni.
Bila lepas nikah terus cuci kaki masuk rumah sendiri lagi terasa bahagia amat.
Ada rupanya tempat yang selesa untuk aku berteduh.
Ini semua rezeki Allah yang tak dijangka.
Sikit pun aku tak pernah mintak semua ni.
Sedari kecik teringat dengan kata-kata arwah ayah.
"Kalau tak belajar rajin-rajin nanti takkan nak kerja kutip sampah, 
nak kawen nanti takkan nak duduk bawah jambatan"
Risau benar ayah, nasiblah aku anak perempuan.
Tarik nafas legalah time tuu. haaha
Berbanding dengan anak lelaki, 
ayah aku amat disiplin dan menitikberat soal kehidupan.
Aku bersyukur dikurniakan dan dipertemukan jodoh dengan suami.
Dia seorang suami yang bertanggungjawab.
Sentiasa memberikan kehidupan yang selesa untuk aku.

Walaupun hidup kami suami isteri sederhana 
tapi syukur rezeki tak pernah putus.
Alhamdulillah.
Tak pernah sekali pun poket kosong.
Sekali sebulan wajib makan sedap at least.
Sekali sebulan wajib beli baju baru takpun shawls untuk emak sekali
Yang penting setiap bulan wajib kumpul barang made from IKEA product. haaha
Menggila sungguh kalau singgah situ sampai semua barang nak bawa balik.
Kalau dulu time kerja ofis lama, setiap kali lunch break mesti jengah IKEA
semata-mata nak hirup bau IKEA je
dapat sentuh barang jadilah kan sebab seyes tak mampu nak beli.
Gaji amatlah kecik waktu tu cukup sekadar kasi adek-adek belanja sekolah 
tapi taklah banyak mana pun.
Tapi sekarang ni alhamdulillah 
mampu kasi emak dengan adek-adek duit setiap bulan.

Pelan-pelan aku dengan suami melengkapkan rumah kecil kami.
Itu pun kayu langsir tak beli-beli lagi.
Memainkan peranan penting juga tu untuk mencantikkn langsir, sekali dengan kain net pun.
Apa lagiiiiiiiii
Air cond, heater lagi termasuk juga dalam check list
mujur rumah atas bukit, taklah bahang mana pun.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukitkan, ye dak?
last sekali kena buat nanti pasang kitchen cabinet.
InsyaAllah


meja makan ni tak lama lagi nak remove sebab nak tuka yang baru. Ada orang nak beli? =)
katil tido kesayangan, side table nya kemudian beli 

aku suka burung hantu, beli waktu IKEA sales aritu murah gila wei

it's pentagon mirror

tv pun belom sempat gantung lagi heee



Ok. Bai!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .