Assalamualaikum
Nak dekat-dekat hujung tahun ni dah mula banyak kenduri kawen berderet-deret yer dak? Jenuh nak pergi. Kalau kerja macam aku ni memang payah berpeluang dapat pergi kenduri. Kalau kenduri sedara mara tu wajib kot pergi. Tapi kalau kena waktu kerja tak dapatlah. Tapi kalau emak dah ajak tu sanggup cuti. Terus apply tanpa lengah. haha. Dalam hati sebenarnya malas kerja jadi baik balik kampung ikut mak berkenduri kendara. Zaman sekarang ni mana macam dulu kena gotong-royong bagai. Tak payah dah. Semua pakai catering. Jadi datang lepak makan jelah. ehhe.
Kalau setiap kali pergi kenduri, aku wajib kot cari baju. Main topik sebenarnya. ehhe. Kadang tu bosan dengan baju yang ada dalam wardrobe aku tu. Suka jer tangan ni capai tab search baju online. Lagipun mudah. Order harini terus sampai esok. Mangsa kena mengadap abang posman setiap kali tu suami akulah. Kebetulan. Sebabnya dia jer ada kat rumah setiap kali aku order baju. haaha. Antaranya seperti di bawah:
![]() |
jubah leopard dari online boutique kesukaan, ala tak nampak lah pulak sampai kaki, ni kerja adik sepupu aku ni lah errr |
![]() |
shawl aku pakai dengan baju dari boutique yang berbeza-suka sangat |
![]() |
ala lupa nak capture clearly dress aku ni rugi jer tak nampaklah pulak lagipun first time pakai ni |
![]() |
kimono ni paling kesukaan from nww ") |
Tapi tapi kan kalau beli barang secara online ni kena hati-hati juga. Mana tahu karang tertipu. Tapi setakat ni alhamdulillah. Kebanyakan yang aku borong secara online semua puas hatilah kira. Yang penting sebelum order kena review betul-betul page online boutique tu dan semak komen-komen. Kemudian baru decide nak beli ke tak. Selalunya mereka ni wajib ada lesen walaupun buat business secara online. Kalau tak, sape pun ragu-ragu nak beli. Yang penting kita beli dekat online shops yang boleh dipercayai dan dijamin materialnya berkualiti. Mesti.
Okay. Sekian.
No comments:
Post a Comment