Friday, January 4, 2013

Final Part of WP


Bismillahirrahmannirrahim

Alhamdullilah, akhirnya terlaksana juga segala persiapan perkahwinan aku. The day will be come soon! Macam tak percaya pun ada. Pejam celik pejam celik. Insyaallah it's another 8 days from now.Yuhuuuuu. Ya Allah berdebar-debar pulak rasa hati ni. Dup dap dup dap. huhu. Eventhough, dekat office pun dah rasa tak keruan. Walaupun badan dekat office tapi hati ni dekat rumah. Mood bekerja tu seakan-akan hilang, lenyap seketika. haha. Bukannya tak sabar nak kawen tapi perasaan gundah-gulana tu kekadang datang, risau ada, runsing pun ada. Tak sabar rasanya nak cepat semuanya selesai. Senang hati ni. Betullah orang-orang tua selalu kata,kawen ni bukannya mudah. Banyak aspek kena ambil kira especially dari segi kewangan, kengkangan masa juga, tenaga. Semua kena ambil kira tahu. huhu. Tapi syukur pada Allah, semuanya siap. Tinggal menunggu hari je.


Nahh ini dia kad jemputan aku. Color seperti tema yang telah ditetapkan. Sangat berpuas hati dengan cetakan kad ini. It's so nice, thanks to kadkahwincantik.com kerana menghasikan kad kawen aku. huhu. Siap dengan free banner and extra kad lagi together with envelope. Thanks a lot!! Walaupun di saat-saat akhir tu ada juga terfikir macam nak tukar tema, tetiba macam suka baby blue combine dengan peach color. huhu. but it's quit late sebab semua orang dah mula cari kain ela color purple pink tu ikut tema asal. Tapi tak kisah la kan. Tema tu taklah penting sangat pun. As long as semuanya berjalan lancar. Hopefully..aminn.

Ok! kad saya siap!Waktu ni eksaited gile sebab selalunya tengok kad jemputan orang je. Tapi tetiba tengok kad jemputan sendiri. Dan dan senyum kambing sorang-sorang. haaha


And here is one of my hantaran. Yeayy! Ini Asyraf bagi pada aku. Barang hantaran yang lain later share the pics in here. hehe. Sangat suka dengan perfume ini! rasa apple. Aku jenis suka bau yang sweet sweet and smooth. Tak suka bau yang kuat sangat compared dengan Asyraf dia sangat suka bau yang kuat dan serap peluh dan jugak sporty. Sesuai dengan dia yang seorang bikers tu. huhu.


Kalau orang lain selalu cari barang-barang kawen dekat Nilai 3 sebab murah-murah tapi aku ni lain sebab aku berperasaan malas pergi sana. Sebab takda orang nak drive untuk aku. Kalau tak,dah lama sampai je. kahkahkah. So, aku pilih tempat yang paling dekat sekali, iaitu dekat Jalan TAR. hihi. Time ni berkotak-kotak bunga telur aku beli sebab dapat pesanan dari opah, mak long dengan mak su. Dorang bersepakat share sponsor bunga telur dengan goodies. Maseh semua! Makcik aku sorang lagi sponsor baju persalinan time potong cake dengan bbq. Adik aku Farah, sponsor cake. Sis-in-law aku yang sangat kreatif buat kraftangan tu pulak sponsor handbouquet untuk aku nikah and bersanding nanti. Sangat sweet! Aku suka sangat handbouquet. Along pulak sponsor yang paling mahal, photographer. Abang aku amek orang yang sama time wedding dia dua tahun sudah. Sebab aku pun suka style abang tu snap gambar. Semua cun-cun. Siap album dengan frame. Boleh kata sangat berbaloi-baloi dan puas hati lah!. Dan tidak terkecuali mak aku cantikkan rumah dan jadi reminder aku untuk segala urusan. Selebihnya, aku dengan bakal suami uruskan untuk majlis kami. Kira banyak jugaklah berhabis. huhu. Asyraf cakap lepas kawen nanti dia kena start menabung balik. Katanya untuk bawa aku pergi honeymoon pulak. Yehuuuu.Tapi di mana? Aku pun tak tahu. Asyraf cakap surprise. Selalu macam tu. mmm takpela janji aku dapat pergi honeymoon. yeay!

Bab marriage leave pulak, alhamdulillah manager sudah pun approve. Dekat 1 month jugaklah aku amek. Itu pun sebab gap two weeks majlis dekat rumah aku dengan majlis bertandang pihak Asyraf. Nak tak nak terpaksa amek cuti panjang. It's another 3 days left untuk waktu bekerja. Lepas tu dah mula cuti. hihi. Syoknyaa.

Balik cuti 8 January ni nak setel dewan, canopy,caterer, baju dengan doorgift.
Then boleh tarik nafas lega! =)

Ok then. Bye!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .