Wednesday, September 12, 2012

Selamat Hari Raya!


Assalamualaikum.

Sambutan raya tahun ni boleh dikatakan pada aku taklah semeriah tahun-tahun sudah. Pertama kali beraya tanpa ayah aku. Setiap tahun aku satu family, mak ayah dengan adik-beradik aku pasti bergambar dulu lepas sembahyang raya pastu baru balik ke kampung rumah opah aku. Tahun ni, mak aku ajak balik malam raya. Tunggu semua ada dekat rumah dulu. Cuma abang aku je tak join balik sekali sebab dia balik ke rumah mak mertua dia dekat Melaka. So, raya ketiga baru dia sampai rumah opah dengan kakak ipar aku dengan Hannah sekali. Mujur ada Hannah, penyeri dalam keluarga aku. Punyalah eksaited, tak sabar nak tunggu raya ketiga tu sebab nak tunggu Hannah sampai. haha.

Ambil kesempatan yang ada sebelum masuk beraya ke rumah orang-haha
Pagi raya tu dari kampung lepas salam opah atok, mak saudara sekalian, terus gerak pergi kubur jenguk arwah ayah aku. Selepas tu seperti biasa rutin setiap kali raya, aku satu family besar memang dah jadi kewajipan, kami jalan kaki keliling kampung beraya dari rumah ke rumah. Seronok. Tahu. Adik-adik aku yang lelaki sekali dengan sepupu-sepupu kecik yang lain, mostly memang tak join kami yang dewasa ni beraya pada hari raya pertama sebab diorang sibuk join atok aku Takbir Raya dari rumah ke rumah. Kemain. Dapat duit raya tahu. Dari budak-budak sampailah ke tua. Raya dekat kampung dengan dekat bandar memang jauh beza kemeriahannya tu. Dekat kampung lagi meriahlah kan.


Dekat rumah nenek belakang rumah opah

Tengoklah makcik-makcik aku sakan berborak, aku,mak dengan adik aku si Farah pulak sibuk bergambar-haha

Makin kembanglah badan aku lepas raya ni. Sekarang ni aku tengah train perut aku untuk terima salad setiap hari. waaaaa. Sabar jelah tinggal lagi berapa bulan je lagi. Haddoiii. Tapi aku memanglah tak boleh terpandang Semprit. Memang ranaplah aku telan. Boleh tinggal nak licin balang kuih rumah orang. Aishh memalukan. Banyak lagi gambar sebenarnya tapi aku taklah simpan dekat handphone aku yang tak berapa nak canggih ni kan. Semua dekat handphone adik aku, Farah dengan dekat camera cousins aku.

Adik aku, Nick paling tak suka budak-budak tapi dengan Hannah, attitute dia berubah tetiba dia boleh jadi seorang yang penyayang sekelip mata =)
Hannah makin hari makin pandai bermain-Pak Ucu dia sayang gila dekat dia
Hari raya ketiga, bila si kecik ni sampai rumah opah, semua kerumun macam kerengga dekat dia. Gerammmnya tengok. Makin chubby si Hannah. Almaklumlah dekat rumah opah aku dah lama takda budak kecik. Lagi dua tahun insyaallah Hannah boleh main dengan anak mama Zura pulak. kankan. Ececeh. Kemain aku.



Ok. Bye!

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .