Monday, June 25, 2012

Paprik Daging Ala Mila

Assalamualaikum.
Harini aku main masak-masak dengan mak aku. Wahaha. Macam tak caya pun ada. Aku, aku belajar masak?? Haha hambik engkau. Nak kata kerajinan masuk dapur tu memang terserlahlah tapi bab mengacau mak aku je. Tahu-tahu je mak aku dah siap masak. haha. Disebabkan nak kahwin tak lama lagi ececeh, aku kenalah merelakan diri untuk belajar masak.kan. huhu. 
Ini kali pertama aku letak menu dekat belog sendiri. Apa ya menu hari ini? Baik! harini aku belajar masak dengan mak aku "Paprik Daging" .





Bahan-bahan:
Daging (*mak aku biasa beli daging batang pinang)
Bawang merah, bawang putih & halia
Dua batang serai
Daun limau purut
Cili api (*ikut suka engkau)
Sos cili (*kalau nak pakai cili kisar pun boleh) & kicap
Sayur-sayuran seperti carrot, kacang panjang & kubis bunga (*bersesuaian & ikut suka)


Cara penyediaan:

1. Daging dibasuh bersih & dipotong.
2. Bawang merah, bawang putih & halia dihiris halus.
3. Potong carrot, kacang panjang & kubis bunga.
4. Ambil sedikit minyak dan tumis bahan yang dihiris tadi iaitu bawang merah, bawang putih & halia.
5. Kemudian, masukkan daging.
6. Bubuh sos cili & kicap secukup rasa ke dalam bahan yang ditumis tadi.
7. Apabila daging dah cukup  masak, masukkan sayur-sayuran, daun limau purut, cili api & serai yang dititik.
8. Kacau sehingga sebati (*tak payah lama sangat sebab hilang zat sayur tu nanti).
9. Sedia untuk dihidang. Siap!


Ok. Sekian. Bye!




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .