Pagi tadi terbangun lambat sikit sebab agak lewat tiba ke Lumut malam tadi around 11.00PM macam tu. Dalam kereta lagi aku sudah merungut beberapa kali tanya Asyraf bila nak sampai ni..bila nak sampai ni.Asyraf layankan je.Kejap-kejap dia kata about less than 3 hours sampai. 2 hours sampai. Padahal aku tengok tak juga sampai-sampai.huhu. Kejap-kejap aku tertidur kejap-kejap terjaga.Dengan suasana yang dingin sejuk sangat mana tidak mengantuknya kan.haha. Kesian pada driver aku. Aku nak takeover dia tak mahu bagi. Sikit-sikit alasannya bahaya.
Bakal ayah mertua sudah menunggu ketibaan kami berdua. Beliau siap masak lagi dinner untuk kami. Terharu tahu!Ikan masak stim fresh dari laut. Sedap ummpph.Beliau amat gemar memancing ke laut di waktu kelapangan tidak bekerja.Selain itu hobi beliau bermain golf. Beliau memang seorang yang sangat aktif lah dikatakan. Mostly ada sahaja aktiviti untuk dilakukannya.
Pagi ini tak ke mana-mana just stay dekat rumah,dah bangun pun terlambat sudah.Oh. Lepas bangun just pergi basuh kain baju aku semua,basuh baju Asyraf dan uncle juga.Tanda mengambil hati.Sengal!haha.Then kemas-kemas hall sikit, breakfast dengan Asyraf dan Umaira.
Di petang hari pula bermulalah aktiviti pertama kami iaitu pergi ke laut bermandi manda.Asyraf bawa pergi ke Teluk Senangin. Katanya di situ laut lebih bersih dan jernih compare dengan Teluk Batik. Kami bertolak jam 4.00PM. Sampai-sampai je memang tempat tu best sangat, tak banyak orang,tenang je. Memang seronoklah sambil-sambil dapat melepaskan tension dan menyaksikan suasana damai lautan.
Ok.Nak pergi bersiap-siap untuk aktiviti kedua iaitu dinner.Selepas itu, aktiviti seterusnya iaitu pergi berjalan ke pekan Lumut.Bye!
No comments:
Post a Comment