Petang semalam aku singgahlah ke surau untuk solat Zohor.Aku ni ikut mood je,patutnya lebih afdal solat lepas betul-betul masuk waktu, tapi aku kalau rajin je,bila malas time solat pun sukahati je.Bilalah perangai aku nak berubah ni.kan.huhu.
Mak aku selalu bising kat aku dari aku sekolah dulu sampailah sekarang dah besar panjang lebar ni sampai mak aku tegur. Mak aku mesti cakap kalau nak sembahyang asyik nak kene suruh je aku ni.huhu.Lepas mak aku dah bising-bising barulah aku bangkit dari tengok TV,mengadap lappy pergi laju-laju ambil wuduq sampaikan adik aku yang kecik tu pun tegur aku.hehe.Kawan-kawan pun ada menegur aku kalau kita lambat solat nanti doa kita pun lambat dimakbulkan. Aku just dengar,pandang dan terus bergerak pergi solat.Alasan,tak mahu dengar bebelan lagi.hoho.However,aku akan cuba lagi improve diri aku ini.
Berbalik kepada cerita asal yang aku nak share bersama tu macam ni semalam selepas solat,aku pun terus mengadap cermin nak touch up sikit dan siap-siap lilit tudung,sedang aku melilit tudung tu suddently ada seseorang tu datang menghampiri aku untuk mengambil telekung berdekatan cermin tersebut.Telekung itu semua yang memang ada dekat surau tu memang hak milik surau tu lah,tapi aku more prefer untuk bawa telekung sendiri. Kebetulan dia berdiri betul-betul sebelah aku.Kemudian dia pun belek-belek semua telekung itu,then dia tarik satu telekung tu. Fine! tanpa diduga tiba-tiba sahaja bedak powder jatuh terkenalah kat slack aku sewaktu aku sedang asyik membelek tudung aku.Sehingga aku tak sempat mengelak pun. Banyak pula tu tumpahnya.haishh.
Aku macam bengang jugak lah time tu,tapi aku diamkan je sebab aku tahu dia bukan sengaja pun kan.Yang aku rasa nak marah tu bukannya apa,budak tu just cakap macam ni "uppshh sorry" then dia terus blah je macam tu pergi solat.Kenapa tak lagi baik kalau dia cakap macam ni "maaf,saya tak sengaja tertumpah bedak kat seluar awak" cakap lah bebaik sejuk sikit hati aku ni.Ni tidak muka macam orang tak bersalah je.Sabar jelah aku.Abis slack aku bertompok-tompok.huhu.Rasa macam segan je nak naik office balik rasa macam selekeh sangat.Aku cuba cover-cover jelah.
Hopefully, kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi,pada aku budi bahasa itu amatlah penting kan. Ini baru sikit. Mungkin cara dia memang macam tu.Siapa tahu kan. Aku pun taknak salahkan sesiapa.Sebab aku pun tak perfect juga! Cheers.
Hopefully, kejadian sebegini tidak akan berlaku lagi,pada aku budi bahasa itu amatlah penting kan. Ini baru sikit. Mungkin cara dia memang macam tu.Siapa tahu kan. Aku pun taknak salahkan sesiapa.Sebab aku pun tak perfect juga! Cheers.
Ok then.Bye!
No comments:
Post a Comment