Sempena kedatangan bulan Syawal yang mulia ini walaupun lima Syawal sudah kita umat Islam berhari raya dan agak sedikit lambat juga aku mahu membuat ucapan ringkas ini. Oleh itu, maka dengan ini aku mengambil kesempatan yang ada ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua yang mengenali aku tidak kiralah di mana pun kamu semua berada bermula dari aku kindergarten di Sekolah Tabika Islam,kemudian bersekolah di SKHB,menyambung pelajaran di Maahad KKB sehingga meneruskan pelajaran di Uniten, seterusnya ex-officemate di Nestle Surian Tower dan kawan-kawan GT PDB23 di Scope. Selamat Hari Raya juga diucapkan kepada family yang disayangi juga kepada jantung hati aku Mohd Asyraf yang kini berada di kampung. Maaf zahir batin juga pada semua mana lah tahu kot kot ada tersalah kata ke apa ke yang telah mengecilkan hati korang semua. Raya ni jemput jemput lah datang ke rumah menu mak aku setiap kali raya tak pernah miss punya bihun tomyam wow sedap wooo pastu ada lagi tapi tak leh bagitau so, kena lah datang ke rumah. huhu.
Lupa pulak, tahun ini juga bertambah meriah apabila kita menyambut Hari Raya serentak dengan sambutan kemerdekaan yang ke-54,so, marilah kita bersama-sama melaungkan MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!.Saya bangga menjadi anak Malaysia!
Ok.Bye!
No comments:
Post a Comment