Monday, July 30, 2012

2 Budak Laki-Laki

Sekali sekala seronok melayan kerenah adik-adik. Teman mereka shopping. Boleh tahan juga dorang bila satu hari suntuk dapat shopping. Budak-budak. Kan. Eksaited sikit kalau nak sambut raya. Aku dulu time muda-muda pun begitu. Ceewah!. Haha. Sekarang feel beraya biasa-biasa je.  Tapi prepare juga untuk diri sendiri, sepasang baju kurung moden. Itu pun dah memadai. Bagi peluang dan keutamaan pada adik-adik berdua tu dulu.






Mereka berdua semakin hari semakin dewasa. Adik dengan abang cik, gap umur 3 tahun.Tak sangka, dulu time kecik-kecik bila mak sibuk di dapur, bila mak penat, akulah yang buaikan, tidurkan, siap menyanyi bagai. Macam-macam lagu aku nyanyi. Kalau tidak, tak mahu tidur. Tapi tak juga merdu suara aku ni, pitching sentiasa lari je. haishh. Nama pun kakak sulong. Kenalah tolong mak jaga adik. Betul tak? Ingat lagi kekadang bila malas nak jaga adik, aku buai pakai kaki je. Sambil mata terpejam. Yang adik aku boleh pulak tak tidur-tidur. Aku balik yang terlena. haha. Pastu aku balik yang kena bising dengan mak aku. hihi.

Sekarang, budak berdua tu masing-masing dah bujang.

Pesanan buat budak lelaki berdua, sila jaga emak bila kak ngah kerja. ok.

Good night. Bye!



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .