Assalamualaikum.
Baru hari ni dapat online sekejap. Itu pun sekejap je. Banyak aktiviti kena buat sejak kebelakangan ini. Semalam pergi Seksyen 7, Shah Alam kejap sebab cari langsir baru untuk tahun ni sekali dengan majlis kahwin aku nanti. Padahal bersanding nanti dekat dewan. huhu. Tapi nikah, insyaAllah buat dekat rumah malam 12 Januari 2013 nanti. hihi. Nak tahu, Jakel sekarang ni ada buat sales besar-besaran. Tahu. Shoppinglah konon. haha. Ramai benar orang semalam. Orang mintak derma pun ramai juga. huhu. Macam-macam kedai ada. Dari langsir sampailah kepada shawls, furniture, carpets dan restaurants. Time aku stay dekat flat area Seksyen 7 tu dulu yang ada time tu Sekinchan Ikan Bakar, Secret Recipe dengan ada lagi beberapa kedai lain entah tak ingat apa nama tapi taklah banyak macam sekarang ni kan. Dah penuh semua deretan kedai pun. Hatta Dolmat Couture pun ada. Sempat singgah sekejap semalam dekat Radiusite, Fareeda, alya sarah tengok-tengok shawls, scarfs. Banyak lagi kedai Hijabs payah nak sebut satu-satu pun. Kena pergi sendiri baru tahu. Kan. Memang seronok menghabiskan duit semalam. haha. Tak habis pun jalan sebab sampai pun dah dekat petang sebab singgah Kota Damansara sebelum tu.Then nak singgah Jalan TAR dah tak sempat sebab dah plan nak balik awal tengok Anugerah Bintang Popular. hihi. Jadi, sambung bershopping di hari lain pulak.
Yang sebenar-benarnya aku nak cerita tentang blog-blog berikut. Saja suka tengok kot-kot sendiri berminat boleh order. kan. Dah jumpa dah sebenarnya untuk Door gift wedding aku nanti tapi saja nak search lagi dan search lagi yang lain pulak nak puaskan hati ni. Kita mestilah nak yang terbaik kan. Betul tak? Tapi kena discuss dengan bakal suami juga dulu. Peeeewitt. Nak mintak pendapat dia juga. huhu. Perlu kan?Semua benda mesti bincang bersama. Am I right? Bagi membawa persepakatan bersama. haha. Apakah? Ok-ok kepada aku dan kamu-kamu, jom mari kita terjah blog mereka!
1- anisbakery
4- cupcakekasih
Image from ORIGINAL website |
Nyum nyum. Sedapnyaaa. Ini baru sikit. Ada banyak lagi sebenarnya.Tapi setakat ni aku baru lagi terpikat dekat homemade mereka-mereka berikut. Memang sangat cantik decoration, memang pelbagai. Very the awesome. Sangat teruja sebenarnya. Kalau sesiapa tahu lagi mana-mana blog berkaitan yang aku tak tahu silalah share ye. Thanks.Oklah. Nak kemas baju kejap. Hari pun nak hujan. Kilat sabung menyabung. haha. Takda kaitan pun. Ok! esok awal-awal pagi sekitar jam enam nak berangkat balik ke TPM pergi kerja. Mencari rezeki yang halal. hikhik.
Ok. Bye!
No comments:
Post a Comment