Thursday, March 15, 2012

Wedding Preparation-Part II

Assalamuaikum.

Minggu yang lalu, aku dan mak aku telah menjalankan operasi meng clear kan bilik aku. Hooyeay!. Ini semua plan mak aku lah. haha. Katil, wardrobe aku semua dah move pergi bilik mak aku. Yang mak aku punya dah bawa pergi kedai jual. Mak aku nakkan semuanya serba baru dalam bilik aku nanti sempena wedding aku nanti. Yang tinggal tilam je.Baju-baju semua mak aku dah kemaskan letak-letak dalam bakul je dulu. Insyaallah minggu depan sampailah katil  aku yang baru. Satu set aku beli. Memang berbaloi-baloi. Very affordable dan sangat cantik. Yahooo. Eksaited sangat menunggu. Demi memadankan dengan cat baru di dinding, aku pilih set katil semua color putih. Bagi matchkan dengan wall color. Color grey tu mak aku yang pilih. Nippon Odourless. Ceewah. Cat yang memang cantik dan mudah rata dengan sendirinya di samping boleh dilap kalau kotor. Promote lah pulak. Sudah. huhu. Bila tengok gambar ni cantik juga bilik aku ni lepas di cat. Kemudian nanti pulak nak post gambar set katil baru! hihi.



Hari sebelum operasi mengecat besar-besaran tu, aku bawa mak dengan adik-adik aku pergi singgah Ikea kejap sebab nak beli meja komputer untuk budak-budak tu. Dah lama dah nak beli sebenarnya tapi asyik tak sempat je nak pergi Ikea tu. Sekali beli dengan Snille chair warna merah tu dengan document tray tu. Senang diorang nak buat homework. Cute je meja tu. Murah pun murah je Vika Amon table. Yang susahnya nak cari  kaki dia, Vika Adils leg dengan Ekby Osten Shelf sebab tak diletakkan sekali dengan table tu. Jadi susah nak mencari.

Lapik kaki Polka Dot ni chomel je. Suka!

Haa Book Sheft ni TERKECUALI dari kategori product Ikea sebab bukan dari Ikea. Ok..ni dari kedai Apek Ka Chuang. haha



Aku paling suka Aneboda Chest 3 drawer ni. Mak aku yang nak sangat benda ni. Tapi memang sangat puas hati. Cuma nak pasangnya tu agak rumit sikit. Berpeluh-peluk jugalah nak install rangka-rangka body dia. Jenuh Asyraf pasang. Kalau aku yang pasang memang lah takkan siap-siap. Mahu 2 hari kot. haha. Murah sangat RM199 je. Bijak kan Ikea ni.Pasal tu jual murah sebab barang-barang tu kita yang kena pasang sendiri. huhu. 

Lepas ni tak perlu lagi nak beli apa-apa untuk rumah sebab aku hanya nak fikir untuk wedding aku je.
Aku harap segala persiapan berjalan dengan lancar. Aminn.

Ok then!



2 comments:

  1. Salam zura....lama x tegur kan....aku bahagia tgk ko nak khwn....

    ReplyDelete
  2. Yes..finally ein..hihi.insyallah.ko cepat2 la ein..=)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

. Ce Tengok .