Assalamualaikum.
"zura, survive tak?"
"zura, fire terus"
"zura! refer wig"
"zura! escalate"
Since aku dihantar ke iPSS team, aku di training selama dua minggu belajar macammana mahu solve tickets. Email Outlook pun kena belajar bagaimana nak setup rules, arrange folders sort mengikut senders supaya sentiasa alert email setiap masa terutamanya email dari mereka-mereka yang semestinya penting amat seperti Boss terutamanya, trainers, seniors, teammates, to or cc to me dan sebagainya. Mujur ada seorang senior aku sentiasa bagi sokongan tak henti-henti melayan kerenah aku yang banyak soalan ni. huhu. Ayat dia yang pertama setiap kali berjumpa aku, "zura, survive tak?" Itu je soalan wajib dia selalu pada aku. Esok hari pun tanya lagi, "zura, survive tak?" Begitulah setiap hari. Dia memang sangatlah penyabar dengan aku, nak pantau trainee yang lain lagi, mereka kawan-kawan aku 4 orang yang lain. Mula-mula belajar tools baru yang tak pernah nampak sebelum ni, memang sangatlah pening. Query Express suatu benda baru kena belajar, Aqua Studio pun. Tapi dalam banyak-banyak tickets paling aku tunggu-tunggu selalu ticket finIQ jelah. Paling mudah. Walaupun waktu mula-mula belajar tu nampak macam banyak sangat steps. Tapi itulah yang tak banyak kena fikir sangat. Just copy and paste je sql code dan touch up sikit-sikit lepas tu fire terus. huhu. Macam Aqua pulak mesti setting query properties,connect, set country code. Memang banyak songehlah tool ni. hihi. Alhamdulillah, semakin hari aku semakin boleh survive. Alamak, kena taip laju-laju ni. Nak siap dulu. Nak balik. Lappy kena tinggal.
Ok. Bye!
No comments:
Post a Comment