Nak cerita sikit bebel time tengahari yang tak buta ni.
Walaupun kan kita ni seorang perempuan yang boleh dikatakan bekerjaya (konon)
Tapi tak semestinya tak boleh selesaikan kerja rumah segala, betul tak?
Walaupun weekdays agak penat sempatkan juga buat apa-apa yang patut walaupun hanya sekadar memastikan katil sentiasa dalam keadaan yang kemas dan rapi. Bukan nak puji diri sendiri, tapi kalau kita ni memang seorang yang teliti kita pasti akan memastikan persekitaran kita juga dalam keadaan yang kemas, ya dak? Kalau tak nak buat apa pun jadi resah gelisah. Ada tak rasa macam tu?
Pagi sabtu semalam kan nak cerita, lepas bangun pagi aku terus basuh baju, jemur kain, menyapu dan mop lantai (sibuk je nak bagitahu=p). Selalunya Jumaat malam dah selesai basuh baju yang seminggu punya menimbun tapi penat sangat postpone Sabtu pagi semalam baru basuh.Kain tak kering petang semalam. Sebab hujan sepanjang hari. So, pagi tadi bangun baru angkat kain lipat lepas siap kemas bilik, cuci bilik air dan sekarang baru boleh online. huhu. Kejap lagi bila ada komitmen dengan family sendiri lainlah pula rutin harian aku nampaknya kan, kena masak dan uruskan anak-anak (Kejap lagi?belum lagilah =p). Insyaallah tahun depan =). Baik! Sekarang mahu pergi drive. Pergi lunch. Mari?
Ok.Bye!
No comments:
Post a Comment